OGOS 2024

Premier Sarawak Bersarapan Di Gerai Kopi Market Dana


MUKAH, 14 Ogos – Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pagi tadi bersarapan pagi di Gerai Kopi Market Dana, di sini. Dalam suasana yang santai, beliau turut meluangkan masa beramah mesra dengan penduduk setempat yang berada di gerai tersebut. 

Kehadiran beliau disambut dengan mesra oleh penduduk yang teruja untuk bertemu dan berbual dengan pemimpin mereka. Abang Johari dilihat menyantuni peniaga-peniaga serta pengunjung, sambil menikmati hidangan sarapan pagi tempatan. 

Selepas bersarapan, beliau dijadualkan untuk mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Pembangunan Negeri (SDCCM) Bil 2/2024 yang akan diadakan di Pejabat Pentadbiran Bahagian Mukah. 

Lawatan dan interaksi ini mencerminkan sikap keprihatinan beliau terhadap rakyat, di samping memastikan agenda pembangunan negeri terus berjalan lancar.